deklarasi pada si bidadari

May 17th, 2006 by xinanxxx

bersama kita mencipta dunia baru
aku jadi adam dan kau hawanya
aku punya kau dan kau punyai aku
aku ajar kau bicara dengan alam
kau ajar aku memegang bulan

ini cuma secebis fantasi aku
akan jadi realiti kalau…
kalaulah kau lebih berani

nak sangat sajak..haa amik!

bila jari menari, biar mata yang memandang

May 14th, 2006 by xinanxxx

mungkin kalau ada yang perasan, aku banyak mencurah atau menggambar situasi aku ketika itu dalam status yahoo messenger. maaf, aku bukan yang mencipta rentak(trend setter) ini semua influence dari teman2 yang aku kira status2 mereka cukup superb, punyai maksud yang tersirat dan kadang kala lucu. kerana teruja, aku cuba mencipta status2 yang puitis dan…jiwang? yup! mungkin jiwang lebih tepat. dari mana datang idea? tentu sekali dari teman2. hampir separuh dari status aku adalah untuk menjawab atau menyambung status2 dari meraka. selebihnya dari situasi atau perasaan aku ketika itu. ya, aku gemar merenung dan berpikir..khayal dan bermimpi. satu cara untuk aku lari sebentar dari dunia sebenar. aku bukan takut menghadapi dunia, malu pun bukan. ini cara untuk aku mencipta ruang, menjerit dan bermain dalam dunia fantasi ciptaan sendiri. hilangkan depresi, hilangkan tensi. apa yang aku dapat? rasa high yang sekejap tapi cukup untuk memberi ketenangan. berkhayal tu kan wayang iblis? heee..lemah minda nanti. hurm..aku perlu cari cara lain untuk lari. duduk, sujud di tikar sejadah kan satu ketenangan juga. berikan aku petunjuk..Ya Allah.

antara status2 yang sempat aku salin…sebahagian besar dari aku sendiri.(akan ditambah nanti)


menjadi satu debut.

tribunal kata2 indah.

kamu heroin dalam epik ku. aku? sekadar antagonis?

angin, terbangkan aku bak dendalion..biar aku tahu apa erti kebebasan.

mewarna potretnya dengan warna darah.

transaksi cinta yang delay.

atiest cinta.

mengimbang hati dan bintang di dua tangan.

sama baring melihat bintang. tapi aku lebih rela melihat wajah mu yang melihat bintang.

aku dah kau aliterasi dalam satu puisi.

dari satu huruf ke sepatah kata. dari sebait puisi ke sekarang cerita. akhirnya mejadi satu epik dalam sejarah. kau cinta ku yang panjang.

bidadari itu plastik.

adakah aku cupid?

berikan aku sepasang sayap..sebusur panah. hatinya pasti milik aku.

memiliki cinta semudah gores dan menang.

kenapa herus mencemuh apabila hujan turun, sedangkan kau selalu memaki kehangantan suria.

orang bodoh untuk dijual.

aku dan kau tetap memandang langit yang sama

May 13th, 2006 by xinanxxx


“kau ni budak apa?? budak punk ke? underground ke? hardcore ke? hip-hop ke?”
“kau ni orang apa?? UMNO ke? PAS ke? DAP ke?”
“ko ni Melayu ke hapa??”
“kau tak pergi konsert peterpan??”
“kenapa kau tak suka the used??”
“iee.. apasal ko dengar dangdut??”

soalan2 yang aku quote dari blog teman ku. lihat, betapa bodohnya mereka menetapkan tahap, membahagi2, mempuak2kan. aku setuju dengan kata teman ku, apa perlukah melabelkan sesorang itu untuk bersosial? untuk apa? supaya yang tinggi lebih tinggi? yang rendah lebih mudah dipijak? kita berdiri di bumi yang sama, memandang langit yang sama. kalau kamu rela menutup sebelah mata memandang aku, aku lebih rela menutup kedua2 mata. biar aku terbabas, lebih baik dari melihat muka yang mencebik bukan atas dasar benci, tapi ego dengan diri sendiri.

aku bukan orang yang bersosial. kenapa perlu ambil peduli? aku mengaku aku perlukan semua ini. aku bukannya orang yang mampu bangun sendiri, aku bukannya orang yang mampu ketawa..menangis sendiri. literalnya aku perlukan kawan,teman. aku boleh mengikut rentak kamu kalau aku mampu. kamu boleh ikut rentak aku kalau kamu mampu. sistem memberi dan menerima. utuhkan kalau persahabatan, pergaulan diikat dengan sistem begini. xperlu membazir masa membeda sesuatu yang datang dari asas yang sama.

Img_0032


“Aku bukan komunis, bukan nasionalis, bukan anarkis, bukan sosialis, bukan kapitalis, bukan athies, bukan fasis, bukan rasis, bukan seksis, bukan hippies, bukan viviseksionis, bukan idealis, bukan feminis, bukan teroris, bukan agnostis, bukan separatis, bukan nihilis.. bukan.. bukan..
Aku hanya insan mentah.. yang masih meneroka..”

aku quote jawapan dari blog teman ku untuk soalan2 tadi

angin, tiup dendalion itu biar ia terbang jauh dan mengerti makna kebebasan

April 25th, 2006 by xinanxxx

Img_0051
waktu senja yang memancarkan cahaya merah sebelum ke warna kelam membuatkan aku ingin menjeguk tingkap besar di rumah sewa aku. jarang sekali aku menjenguk lama, kalau ada gadis2 montok lalu sambil bergelak ketawa ala2 manja dan getik pasti aku dah berkampung di situ. kali ini rasanya lain, lain sekali…pernah aku cuba memuji panorama dari situ, tapi tiada apa yang menarik. lagi2 semakin lama aku semakin benci dunia baru ni. dari atas aku campak pembalut gula2 yang memang terselit di situ. makin ia jatuh, makin ia jauh. melihat itu, aku teringat cita2 aku nak merantau. satu cita2 yang terpaksa aku kuburkan bukan kerana xde upaya tapi xpunya vitamin W (wang) yang mencukupi. alangkah seronoknya merantau, lagi sama teman2. urgh bahagianya. sekurangnya aku bergerak, xseperti di sini hanya duduk mengumpul lemak. hasil dari ternakan lemak ni, perut aku berjaya menambah bilangan belang tarung dari sehari ke sehari. dari awal masuk ke tempat baru sehingga semalam, aku berjaya mengumpul perolehan sebanyak 30 kilo. kalau itu dadah, aku sudah lama mati. aiii cahaya merah sudah hilang, lampu koridor pun sudah menyala..tempat ni banyak buat aku berpikir..betapa ruginya aku xbersama teman2 kultus. aku rindu umpatan, lawak bodoh dan cerita mengarut. aku ingin makan bangunan, gelak sambil tengok makhluk dwi alam di teratai, melompat2 sambil berhibur bersama JV di double neck. tapi, biarlah. aku nak jadi dendalion. angin terbangkan aku..biar aku mengerti apa itu kebebasan.

dalam gelap aku masih terasa ada cahaya

April 25th, 2006 by xinanxxx

Img_0002
aku lahir sebagai seorang muslim, diasuh dengan didikan agama yang cukup. aku bangga dan aku percaya agama ini adalah agama yang benar. sebagai seorang manusia tipikal, aku mengaku yang hidup aku ada terpalit dosa. kecil atau besarnya dosa itu hanya aku dan tuhan saja yang tahu. amal yang wajib, semuanya aku kerjakan. ampuh tanpa lepas. kadangkala aku terjaga dari tidur dan mula menyoal, terimakah oleh tuhanku segala amal ku? sempurnakah ia? betapa khusyuknya ibadat yang aku kerjakan, masih ada sekelumit rasa yang aku lakukan ini hanya kerana rutin. aku lakukan kerana ini yang diajar, ini yang disuruh. solat yang aku kerjakan cukup tanpa tinggal, itu pun jika aku berada di tempat sendiri tanpa ada sesiapa melihat aku. hairan kenapa aku ada rasa malu untuk beribadat di rumah orang lain sehingga aku sanggup tinggal dan menggantinya di rumah sendiri. rasa lebih selesa dan khusyuk. kenapa aku malu? aku takut orang menilai ibadat aku? aku takut timbul fitnah kerana penampilan aku tidak kena dengan ibadat aku? bodohnya aku berpikiran begitu. aku tahu apa yang aku lakukan adalah dosa, tapi rasa malu mengatasi rasa bersalah. aku sepatutnya sudah tahu membezakan apa itu kehendak, apa itu keperluan, apa yang hak dan apa yang bathil. hidup yang tidak sempurna tanda ibadat serta niat yang tidak sempurna. aku ingin berubah tapi langkah aku belum cukup gagah. aku perlukan bimbingan dan sokongan. walaupun gelap, aku masih bergerak dalam garis yang lurus..aku tahu dan aku yakin kerana aku masih terasa ada cahaya. apa yang aku harapkan, berilah aku cahaya yang lebih terang, moga aku bertambah yakin.

sudut tepi bukan satu metafora

April 24th, 2006 by xinanxxx

Img_0005
hidup di tempat baru, xpernah buatkan aku rasa seperti orang baru…kehidupan tetap sama cuma lebih bosan dan lebih mati. xde apa yang indah.bulannya tetap sama, bintangnya sama, sekitar yang lebih hambar dan reput. hampir tiada satu pun perubahan drastik yg mampu aku buat kt tempat yang macam ni. tempat baru ni yang menolak aku ke tepi. mungkin aku xmampu nak cipta imej yang setaraf mereka2. aku..aku..! aku xperlu sesuatu yang fancy untuk memberitahu yang aku..aku. mereka yang mencipta palang tinggi yang xmampu aku lepasi. aku biarkan aku semak, selekeh tanda aku menolak mereka kerana menolak aku. biarlah, mereka perlukan kawan yang boleh membantu mereka naik. buat masa sekarang aku sudah ada beberapa teman. aku xrasa mereka senasib aku…tapi mereka mampu mencipta dunia bersama2 aku. atas dasar kasihan? atau atas dasar permainan? pedulilah, sekurang2nya mereka xmenolak aku ke tepi, atau menarik aku ke tengah. cipta dunia yang ada bidadari untuk satu semester…aku rasa agak tenang walaupun sebenarnya aku curang.

diploma sebagai pengetuk gendang bila itu org finance lalu

February 8th, 2006 by xinanxxx

segulung diploma yang xde makna tanpa sekeping pelekat. siot la mcm2 susah kene lalu baru leh dapat menatang ni…kene jumpa mcm2 org..kene tipu mcm2 org. tp syukur la dalam nak mendapatkan menda tu..aku jumpa kawan yg aku harap leh stay smp mati…kurang2 aku nak bile aku mati yg usung jenazah aku tuh org yg aku kenal..yg bacakan doa utk aku tuh kawan2 dan sedara mara aku. pas ni dah xde port haram kultus hitam…kene bukak port baru la nampaknye. uuuhh ramai nye yg dah berubah..setaun je.ikutkan ati semua aku nak tego..semua pon nak salam..semua pon nak begamba..tp kederat sorang mana mampu brade..xde gamba pon, kalo tgh2 jalan nnt jumpa insyallah aku igt.
Dsci0016
benci sebenarnye aku kt kolej ni..tp sayang pon ada…ye la situ la tempat kenal org..situ la tempat kenal cinta..auwww! pepehal pon iic tempat yg paling aku igt skali..gombak mahu pon koperasi polis